CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL PADA HARI INI DAN MASA DEPAN”

Kebajikan sosial di Malaysia merupakan salah satu aspek yang membantu individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dalam sektor kewangan, penempatan, kaunseling, penjagaan harian dan perlindungan agar mereka dapat menjalani kefungsian sosial dengan lebih berkesan. Menurut Skidmore (1971), kebajikan sosial sebagai satu usaha untuk berubah atau usaha untuk meningkatkan kesejahteraan baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun begitu, menurut Friedlander (1961) pula, kebajikan sosial dapat didefinisikan sebagai satu sistem kegiatan yang teratur dalam pelbagai perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk membantu individu dan kelompok untuk mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan.

Di Malaysia, kebajikan sosial dilihat sinonim dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut Rahimah dan Mohamed Yusof (2002), tahap kehidupan rakyat Malaysia telah meningkat dengan keadaan yang baik, hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Walaubagaimanapun, pertumbuhan tersebut tidak dapat mengenalpasti kualiti sosial sehingga terdapat golongan insan yang terpinggir kerana tidak dapat menikmati kehidupan sosial yang berkesan.

Mengapakan fenomena ini berlaku???

Adakah ia berpunca daripada arus kemajuan negara atau peranan institusi sosial itu sendiri yang tidak dapat mengendalikan kes terebut??

Secara umumnya juga, kebajikan sosial di Malaysia pada masa kini telah menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Antaranya ialah persepsi masyarakat terhadap kebajikan sosial, kekurangan pekerja dalam bidang kerja sosial, masalah kewangan dan politik negara. Hal ini adalah kerana masalah yang timbul ini telah menyukarkan saluran kebajikan untuk disalurkan kepada individu dan kelompok sasaran. Secara tidak langsung, ia turut menjejaskan peranan JKM sebagai agensi terbesar Malaysia yang bertanggungjawab dalam aspek kebajikan sosial kepada masyarakat. Malah isu yang timbul seperti kelemahan pihak JKM dalam memberi kebajikan kepada golongan sasaran turut memberi kesan yang negatif pada mentaliti masyarakat umumnya. Di samping masalah dalam kekurangan tenaga kerja yang profesional untuk membantu memberi pengetahuan, kemahiran dan pendekatan yang berkesan dalam melaksanakan kebajikan sosial.

Secara rasionalnya juga, cabaran yang bakal timbul pada masa depan adalah peningkatan kebajikan sosial dalam aspek kehidupan sosial masyarakat yang bermasalah. Ia dapat dilihat dengan keadaan faktor globalisasi yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat. Di mana, tahap kemiskinan semakin meningkat, kadar jenayah yang melibatkan kes juvana dan masalah sosial turut berlaku dengan berleluasa akan menyebabkan kebajikan sosial dilihat sebagai aspek “menolong” yang akan membantu dalam memberi perkhidmatan berkesan kepada golongan sasaran. Malah, faktor kewangan dan politik akan terus manjadi cabaran dan masalah yang sukar dicapai sekiranya tiada kerjasama dan persefahaman untuk membantu masyarakat dan negara agar berada dalam keadaan aman dan makmur.
Rujukan :

Samir.M.A & Winny.A.( 2009). Pengantar Kerja Sosial. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Abd.Rahim, Noraini.J, Tee. C.L & Mohamed Sharif. (2008). Seminar Kaunseling Keluarga 2008 : Amalan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment

Copyright 2009 S0CI@L W0RK
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates