CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL PADA HARI INI DAN MASA DEPAN”

Kebajikan sosial di Malaysia merupakan salah satu aspek yang membantu individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dalam sektor kewangan, penempatan, kaunseling, penjagaan harian dan perlindungan agar mereka dapat menjalani kefungsian sosial dengan lebih berkesan. Menurut Skidmore (1971), kebajikan sosial sebagai satu usaha untuk berubah atau usaha untuk meningkatkan kesejahteraan baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun begitu, menurut Friedlander (1961) pula, kebajikan sosial dapat didefinisikan sebagai satu sistem kegiatan yang teratur dalam pelbagai perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk membantu individu dan kelompok untuk mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan.

Di Malaysia, kebajikan sosial dilihat sinonim dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menurut Rahimah dan Mohamed Yusof (2002), tahap kehidupan rakyat Malaysia telah meningkat dengan keadaan yang baik, hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Walaubagaimanapun, pertumbuhan tersebut tidak dapat mengenalpasti kualiti sosial sehingga terdapat golongan insan yang terpinggir kerana tidak dapat menikmati kehidupan sosial yang berkesan.

Mengapakan fenomena ini berlaku???

Adakah ia berpunca daripada arus kemajuan negara atau peranan institusi sosial itu sendiri yang tidak dapat mengendalikan kes terebut??

Secara umumnya juga, kebajikan sosial di Malaysia pada masa kini telah menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Antaranya ialah persepsi masyarakat terhadap kebajikan sosial, kekurangan pekerja dalam bidang kerja sosial, masalah kewangan dan politik negara. Hal ini adalah kerana masalah yang timbul ini telah menyukarkan saluran kebajikan untuk disalurkan kepada individu dan kelompok sasaran. Secara tidak langsung, ia turut menjejaskan peranan JKM sebagai agensi terbesar Malaysia yang bertanggungjawab dalam aspek kebajikan sosial kepada masyarakat. Malah isu yang timbul seperti kelemahan pihak JKM dalam memberi kebajikan kepada golongan sasaran turut memberi kesan yang negatif pada mentaliti masyarakat umumnya. Di samping masalah dalam kekurangan tenaga kerja yang profesional untuk membantu memberi pengetahuan, kemahiran dan pendekatan yang berkesan dalam melaksanakan kebajikan sosial.

Secara rasionalnya juga, cabaran yang bakal timbul pada masa depan adalah peningkatan kebajikan sosial dalam aspek kehidupan sosial masyarakat yang bermasalah. Ia dapat dilihat dengan keadaan faktor globalisasi yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat. Di mana, tahap kemiskinan semakin meningkat, kadar jenayah yang melibatkan kes juvana dan masalah sosial turut berlaku dengan berleluasa akan menyebabkan kebajikan sosial dilihat sebagai aspek “menolong” yang akan membantu dalam memberi perkhidmatan berkesan kepada golongan sasaran. Malah, faktor kewangan dan politik akan terus manjadi cabaran dan masalah yang sukar dicapai sekiranya tiada kerjasama dan persefahaman untuk membantu masyarakat dan negara agar berada dalam keadaan aman dan makmur.
Rujukan :

Samir.M.A & Winny.A.( 2009). Pengantar Kerja Sosial. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Abd.Rahim, Noraini.J, Tee. C.L & Mohamed Sharif. (2008). Seminar Kaunseling Keluarga 2008 : Amalan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengapa Manusia Bermasalah?

Faktor Persekitaran

Dalam menjalani kehidupan harian, setiap individu tidak terlepas daripada mengalami masalah sama ada berpunca daripada diri sendiri mahupun persekitaran. Dalam hal ini, tedapat lima faktor yang menjawab persoalan Mengapa Manusia Bermasalah?. Faktor-faktor tersebut adalah daripada genetik, sosialisasi, persekitaran, struktur peluang dan perbezaan budaya. Dalam persoalan ini, kami hanya akan membincangkan tentang faktor persekitaran. Faktor persekitaran merupakan antara faktor banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Faktor persekitaran ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi mikro dan makro. Perskitaran mikro melibatkan persekitaran institusi keluarga, tempat kerja dan sekolah. Manakala dari sudut makro pula merujuk kepada keadaan yang lebih meluas iaitu melibatkan hubungan persekitaran dengan teknologi, globalisasi dan media.

Dari segi mikro, institusi keluarga merupakan faktor persekitaran yang paling hampir dengan individu. Di mana, kefungsian institusi keluarga akan mempengaruhi seseorang itu untuk bertingkahlaku dengan persekitaran luar. Sebagai contoh, dengan penularan masalah sosial yang sangat membimbangkan di kalangan remaja berpunca daripada ketidakfungsian keluarga itu sendiri untuk memainkan peranan dan tanggungjawab. Secara tidak langsung, persekitaran sekolah turut mempengaruhi seseorang individu itu untuk membuat keputusan dengan lebih efisyen yang berpandukan kepada pengetahuan seterusnya dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Dari segi makro pula, ia dilihat sebagai satu faktor yang sangat dominan dalam suatu masalah. Hal ini adalah kerana masalah ini akan melibatkan kerumitan kepada individu, masyarakat mahupun negara. Secara globalisasi, kemelesetan ekonomi telah memberi impak yang sangat besar kepada dunia amnya dan sekaligus memberi kesan negatif dalam khidupan manusia. Sebagai contoh, sektor perkilangan akan mengalami kerugian dan secara tidak langsung peluang pekerjaan menjadi sempit serta menyebabkan ada di antara mereka hilang sumber pendapatan. Faktor teknologi dan media mempunyai perkaitan yang sangat signifikan untuk seseorang itu beradaptasi dengan persekitaran sosial, politik dan ekonomi. Hal ini adalah kerana, kemajuan teknologi pada masa kini telah menyebabkan seseorang itu menyalahgunakan sumber yang ada. Sebagai contoh, dengan adanya laman sesawang seperti ruang sembang iaitu facebook, frienster, tagged, myspace dan yahoo massenger telah menyebabkan seseorang itu leka dan mudah terjebak dengan aktiviti porno. Fenomena ini semakin membimbangkan apabila ianya melibatkan golongan remaja bawah umur yang akan memberi ketagihan kepada mereka untuk melayari internet.

Secara konklusinya, pengawalan dan pengawasan daripada pihak tertentu seperti ibubapa, pihak sekolah dan kerajaan amat penting dalam membantu seseorang itu mengawal personaliti dinamik mereka yang terdiri daripada tingkahlaku, persepsi dan kognitif. Sebagaimana kata-kata daripada Imam Al-Ghazali, `Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya’. Kata-kata ini seharusnya menjadi panduan hidup seseorang yang berhadapan dengan pelbagai masalah agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik tanpa berserah kepada takdir semata-mata.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

FENOMENA JENAYAH ROGOL???????






Jenayah rogol merupakan salah satu masalah sosial yang semakin meruncing dalam negara kita. Adakah ia berpunca daripada arus kemodenan negara seperti internet yang mula didominasi penggunaanya oleh masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan pangkat? Mungkinkah juga hukuman yang diperkenalkan oleh pihak berwajib masih ditakuk lama yang tidak mendatangkan ketakutan kepada perogol?? Melihat kepada kerangka statistik diatas telah menunjukkan bahawa peningkatan kes rogol yang sangat ketara pada setiap tahun bermula daripada tahun 2000 sehingga 2007. Malah kes yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia ini turut mendatangkan masalah yang sangat besar dalam negara terutamanya dalam aspek keselamatan dan kemakmuran negara. Secara jelasnya dapat dilihat bahawa negeri Selangor, Johor dan Kedah telah mencatatkan kes tertinggi dan Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula mencatat kes yang paling rendah dilaporkan kepada pihak polis. Malah ia dapat dirumuskan bahawa jenayah rogol di Malaysia semakin meningkat dari setiap tahun bermula dari tahun 2000 sehingga 2007. Namun begitu kes yang dilaporkan pada tahun 2007 hanya dapat direkod sehingga bulan Jun sahaja. Secara tidak langsung juga jenayah rogol ini telah mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak.


Secara konklusinya dapat dilihat bahawa pertalian darah diantara mangsa dan perogol juga merupakan salah satu perkaitan yang sangat signifikan dalam mengaitkan jenayah rogol yang berlaku pada masa kini. Malah kenalan siber dan teman lelaki juga adalah faktor tertinggi peningkatan kes rogol yang melibatkan masalah sosial dikalangan remaja pada masa ini. Sebagai komuniti yang hidup bermasyarakat, adakah kita lihat isu ini sebagai ‘trend’ yang diibaratkan seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan??? Apakah rasionalnya kita sebagai manusia yang dilahirkan sebagai makhluk yang berakal dan beragama ini melakukan jenayah yang berada diluar kewarasan pemikiran seseorang??? Inilah kehidupan manusia yang semakin leka dengan duniawi semata-mata. Justeru itu bersama-samalah kita berusaha dan mencari inisiatif dalam menangani masalah negara ini secara terperinci dalam menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat kita. Inilah yang patut kila laksanakan dalam merealisasikan Konsep 1 Malaysia terutamanya pendekatan nilai-nilai murni dan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang mencerminkan keadilan sosial dalam masyarakat amatlah penting.


Sumber Rujukan: Zulazhar Tahir, Sridevi Thambapillay & Jal Zabdi Mohd Yusoff. Realiti Jenayah Rogol & Inses Terhadap Kanak-kanak di Malaysia, Retrieved August, 27, 2009 from
http://www.eprints.um.edu.my/153/1/REALITI_JENAYAH_INSES-ZUL_AZHAR_(UM)-1.pdf
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 S0CI@L W0RK
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates