"KEBAJIKAN SOSIAL DALAM KONSEP 1 MALAYSIA"
Slogan 1 Malaysia iaitu “Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan” merupakan salah satu pendekatan yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. 1 Malaysia ini diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar di hati kita sebagai satu bangsa. Seiring dengan konsep dan rukun negara yang dipegang oleh setiap masyarakat di negara ini.
Kesinambungan yang ada diantara konsep 1 Malaysia dengan kebajikan sosial dapat dilihat dengan penerapan 8 nilai yang telah diperkenalkan. Sejajar dengan konsep 8 nilai iaitu ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah hati, kesetiaan dan budaya cemerlang ini secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pekerja sosial untuk melaksanakan kebajikan sosial. Ia juga dapat diperkukuhkan lagi dengan slogan yang telah disebarkan oleh media massa dan media cetak agar kebajikan yang dilakukan memberi manfaat kepada semua pihak dan menitik beratkan pelbagai aspek untuk kesejahteraan bersama.
Malah dengan penubuhan institusi kebajikan sosial yang semakin meningkat ini juga memberi ruang kepada agensi tersebut untuk melaksanakan pendekatan 1 Malaysia yang bertujan untuk memastkan negara kita berada dalam keadaan yang harmoni dan makmur. Ia berfungsi untuk merapatkan jurang diantara semua bnagsa, kaum, agama dan etnik serta meningkatkan kestabilan sosial dalam negara agar berada pada tahap yang lebih baik di mata dunia amnya.
Secara konklusinya juga dapat dilihat bahawa kebajikan sosial mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan konsep 1 Malaysia. Malah ia juga memberi ruang kepada institusi kebajikan untuk mencapai matlamat agar masyarakat dapat mencapai tahap kefungsian sosial mereka dengan lebih baik dan sempurna. Seiring dengan perubahan ekonomi dan sosial yang tidak menentu ini juga dapat membantu masyarakat agar menghadapi situasi tersebut dengan lebih efektif. Sejajar dengan penubuhan kebajikan sosial yang bertujuan untuk memperbaiki sistem sosial kepada semua lapisan masyarakat tanpa melibatkan diskriminasi dalam pelbagai aspek.
0 Response to " "
Post a Comment